Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 bagi satu bahagian lembu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: Paul ELLIS / AFP
SHAH ALAM: Umat Islam yang tinggal di London, United Kingdom (UK) perlu membayar sehingga lebih RM2,000 (S$579) bagi satu bahagian lembu untuk melaksanakan ibadah korban di negara itu.
Seorang warga Malaysia yang telah menetap di London selama 33 tahun, Alias Sidek, 55 tahun, berkata, bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600 (S$463).
Menurutnya, walaupun harga tersebut dianggap tinggi, namun realitinya ia hanyalah 20 peratus daripada gaji minimum penduduk di sana.
“Jika dibandingkan dengan harga korban di Malaysia iaitu sekitar RM800 (S$232) satu bahagian adalah bersamaan dengan lebih daripada 50 peratus gaji minimum di Malaysia yang berjumlah RM1,500 (S$434) sebulan.
“Nilai sebenar harga korban di UK adalah jauh lebih rendah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu (28 Jun).
Berkongsi perbezaan situasi pula, Encik Alias berkata, suasana di Malaysia adalah lebih meriah memandangkan orang ramai boleh berganding bahu untuk proses penyembelihan, lapah dan juga pengagihan daging korban.
Jelasnya, bagi di UK pula, ia hanya boleh dilakukan di pusat penyembelihan ataupun ladang dan tidak boleh dilaksanakan di tempat umum.
Tambahnya, hanya individu yang mempunyai lesen penyembelihan haiwan dibenarkan untuk melakukan korban di negara itu.
“Di sini (UK) tidak ada gotong-royong macam dekat Malaysia. Dekat London, orang tempatan selalunya akan buat di masjid. Masjid akan aturkan tetapi ia (haiwan) tidak disembelih di masjid. Kalau nak tengok kena pergi dekat pusat penyembelihan. Kedai akan tempah lembu di pusat penyembelihan dan orang yang nak laksanakan korban hanya agihkan daging.
“Cerita pasal rindu, semestinya saya rindu suasana di Malaysia. Kalau dekat kampung, kawasan bandar atau mana-mana mereka sembelih, lapah daging, gotong-royong. Dekat sini tiada suasana itu,” ujarnya, dipetik daripada Sinar Harian.
Menurut Encik Alias, kebanyakan mereka yang melaksanakan ibadah itu akan memberikan daging korban kepada pelajar kerana sukar untuk mencari golongan yang memerlukan di London.
“Penduduk di sini (London) kalau tidak kerja pun kerajaan tanggung. Jadi biasanya daging korban akan diagihkan kepada pelajar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.