Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam di Timur Tengah mula berpuasa hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
 Umat Islam di Timur Tengah mula berpuasa hari ini

Gambar Hiasan : Pexels

Diterbitkan : 02 Apr 2022 06:04PM Dikemas Kini : 02 Apr 2022 06:05PM

TIMUR TENGAH: Majoriti negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Syria, Qatar dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) menyambut Ramadan hari ini (2 Apr).

Ini selepas pihak berkuasa negara-negara tersebut mengisytiharkan kelihatan anak bulan menandakan bermulanya bulan puasa, semalam (1 Apr).

Hanya Oman sahaja yang akan mula berpuasa esok.

Di bandar Makkah, pasukan keselamatan bersiap sedia menghadapi jumlah jemaah yang dijangka bertambah setelah majoriti sekatan COVID-19 mula ditarik balik, awal bulan ini.

Tiada lagi had usia untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, begitu juga tempahan slot solat tidak lagi diperlukan.

Namun permit untuk menunaikan umrah dan ziarah ke Raudhah masih diperlukan.

Kawasan mataf sekeliling Kaabah dan lantai dasar Masjidil Haram akan dikhususkan untuk mereka yang menunaikan umrah.

Ibadah iktikaf juga dibenarkan semula.

Bulan Ramadan lazimnya menerima jumlah jemaah yang paling ramai dengan lebih 1.4 juta orang dari merata Saudi ke Makkah pada Ramadan 2021.

Sumber : Agensi berita/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan