Skip to main content

Dunia

Umat Islam di M'sia, Indonesia & Thailand mula berpuasa 23 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia, Indonesia dan Thailand mula melaksanakan solat Terawih malam ini (22 Mac) berikutan Ramadan yang bermula esok (23 Mac) seperti diumumkan pihak berkuasa agama masing-masing.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Khamis (23 Mac) menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara.

Di Jakarta, Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas mengumumkan umat Islam di Indonesia juga akan mula berpuasa pada tarikh yang sama.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan antara beberapa pertubuhan Islam di seluruh negara.

Di Bangkok, umat Islam di Thailand turut meraikan kedatangan Ramadan pada Khamis, menurut kenyataan Pejabat Sheikhul Islam Thailand.

Sheikhul Islam Thailand Aziz Pitakkumpol berkata anak bulan dapat dilihat hari ini.

“Jadi, saya mengumumkan esok, 23 Mac 2023 sebagai hari pertama bulan suci Ramadan Hijrah 1444,” katanya.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita