Skip to main content

Dunia

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 7 Jun; Indonesia pada 6 Jun

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 7 Jun; Indonesia pada 6 Jun

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan pada Selasa malam (27 Mei), Encik Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah jatuh pada 29 Mei.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah adalah pada 29 Mei 2025.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah pada Sabtu, 7 Jun 2025,” katanya.

Sementara itu, umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama Nasaruddin Umar.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya pada Selasa malam.

"Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengumuman itu, Indonesia bakal merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari negara jiran Malaysia dan Singapura.
Sumber : Bernama/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita