Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun

Gambar hiasan. (AFP PHOTO/ANWAR AMRO)
Di Sri Lanka, Colombo Grand Mosque turut mengumumkan Aidiladha akan disambut pada 29 Jun.
Sementara itu, umat Islam di Thailand juga bakal meraikan Aidiladha pada 29 Jun, umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon, semalam.
“Telah disahkan bahawa anak bulan telah kelihatan (selepas matahari terbenam pada Isnin). Justeru itu Dhu Al Hijjah AH 1444 (1 Zulhijah) ialah pada hari Selasa (20 Jun) dan Eid al-Adha AH 1444 ( Aidiladha) pula pada Khamis (29 Jun),” katanya dalam satu kenyataan.
Umat Islam di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei juga akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.
Bagaimanapun, Arab Saudi, Afghanistan, Amiriah Arab Bersatu dan beberapa negara lain sebelum ini mengumumkan Aidiladha jatuh pada 28 Jun, memandangkan negara-negara berkenaan melihat anak bulan pada Ahad.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.