Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam Amerika berhimpun doakan kedamaian di Palestin selepas solat Jumaat

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam Amerika berhimpun doakan kedamaian di Palestin selepas solat Jumaat

(Gambar: Facebook/Dr Moustafa Kamel)

CALIFORNIA: Masyarakat Islam di Amerika Syarikat mendoakan keamanan di Gaza dan Israel selepas solat Jumaat (20 Okt).

Di Orange County sahaja, ratusan orang berkumpul di sebuah masjid berdekatan kawasan Little Arabia di Anaheim.

"Ia sangat sukar menyaksikan cerita-cerita dan video-video itu. Terasa tidak berdaya. Anda tidak boleh buat apa-apa pun. Anda hanya boleh menderma dan itu pun tidak begitu banyak," kata Omar Abdallah, 18 tahun.

"Tetapi Insya-Allah situasi akan pulih, tetapi sebagai seorang rakyat Palestin, ia amat menyakitkan," tambahnya.

Semasa menyampaikan khutbah, Imam Persatuan Islam Pantai Barat, Moustafa Kamel berkata, masyarakat itu "sangat berdukacita" dengan situasi sekarang.

Mereka berharap keperitan rakyat, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dan kemusnahan yang disaksikan di Gaza akan berakhir.
Sumber : Agensi berita/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan