Ular tedung selar sepanjang 16 kaki jadi 'pelanggan' kedai
Sebuah kedai di Kampung Permatang Pinang di Merchong, Pekan dekat Kuantan, menerima ‘pelanggan’ tidak diundang pada Selasa (11 Jun) - ular tedung selar sepanjang 4.8 meter atau 16 kaki.
Ular tedung selar sepanjang 16 kaki yang ditemui di sebuah kedai di Kampung Permatang Pinang di Merchong, Pekan dekat Kuantan. (Gambar: BERNAMA)
KUANTAN: Sebuah kedai di Kampung Permatang Pinang di Merchong, Pekan dekat Kuantan, menerima ‘pelanggan’ tidak diundang pada Selasa (11 Jun) - ular tedung selar sepanjang 4.8 meter atau 16 kaki.
Ular tersebut - yang dianggarkan seberat tujuh kilogram - bagaimanapun berjaya ditangkap oleh seorang penyelia kebun kelapa sawit, Shafiq Zulkifli, 23 tahun. Beliau dikenali penduduk sekitar Pekan sebagai 'penjinak ular'.
Encik Shafiq, yang sudah lima tahun 'berjinak' dengan ular, berkata kerja menangkap reptilia itu dilakukan di bawah pengawasan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi.
"Saya dimaklumkan oleh pemilik kedai dan pihak bomba berhubung penemuan ular itu yang berada di sebalik rak sekitar 12.00 tengah hari.
"Ular itu didapati tidak melawan mungkin kerana dipercayai baru tukar kulit kerana kulitnya yang masih cantik dan tiada kesan calar," ujar Encik Shafiq.
Beliau mengambil masa selama lima minit untuk menangkap ular itu dengan menggunakan tangan sebelum reptilia tersebut dimasukkan ke dalam guni.
Ular itu, menurut Encik Shafiq, dilepaskan di habitat asal haiwan tersebut di Nenasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.