Ular sawa gergasi ditemui rentung dalam kebakaran hutan Indonesia
Kebakaran hutan di Indonesia bukan sahaja membawa bahana kepada manusia malah haiwan juga turut terkena tempiasnya.

(Gambar: CAN Borneo/Facebook)
JAKARTA: Kebakaran hutan di Indonesia bukan sahaja membawa bahana kepada manusia malah haiwan juga turut terkena tempiasnya.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan kumpulan pemuliharaan CAN Borneo mengheret bangkai seekor ular gergasi yang dipercayai terbakar hidup-hidup dalam kebakaran hutan di Baamang Tengah dekat Kalimantan Tengah.
Reptilia sepanjang 10 meter dengan diameter 20 sentimeter itu dipercayai terperangkap di dalam hutan yang musnah dijilat api.
Bahkan ada gambar menunjukkan bangkai itu mati kaku dalam keadaan mulutnya terngaga, seolah-olah membayangkan betapa deritanya kesakitan yang dialami.
Menurut sebuah lagi laman, bangkai ular mirip anaconda yang rentung itu difahamkan daripada spesies ular sawa.
Laporan turut menyebut bahawa spesies ular yang jarang ditemui itu mampu menelan seekor kambing dan lembu.
CNN melaporkan pihak-pihak berkuasa sudahpun memberkas 185 orang yang dituduh mencetuskan kebakaran manakala empat syarikat kini diletak bawah siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.