Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ular sawa 6 meter ditemui dalam enjin kereta di Pontian

Seekor ular sawa sepanjang enam meter ditemui di dalam enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas, dekat Pontian pada Selasa (24 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Ular sawa 6 meter ditemui dalam enjin kereta di Pontian

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Nov 2020 03:59PM Dikemas Kini : 25 Nov 2020 04:03PM

JOHOR BAHRU: Seekor ular sawa sepanjang enam meter ditemui di dalam enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas, dekat Pontian pada Selasa (24 Nov).

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zamani Md Din dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas berkata kehadiran reptilia berkenaan disedari pekerja bengkel itu ketika membuka bahagian bonet depan kereta.

“Pekerja tersebut terlihat kelibat ular sawa dalam enjin kereta yang dibaikinya lalu membuat laporan mengenai penemuan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini (25 Nov).

Encik Zamani berkata pihaknya mengambil masa hanya lima minit untuk menangkap ular sawa berkenaan dan reptilia itu kemudian dilepaskan jauh dari kawasan penempatan.

Operasi tamat pada pukul 10.42 malam. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan