Skip to main content

Dunia

Ular masuk pesawat dari Bangkok ke Phuket, cetuskan keadaan cemas

Seekor ular yang 'tersesat' memasuki sebuah kapal terbang mencetuskan panik seluruh penumpang dalam sebuah pesawat semasa melakukan perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Ular masuk pesawat dari Bangkok ke Phuket, cetuskan keadaan cemas

Sumber web.

Diterbitkan : 18 Jan 2024 11:00AM
PHUKET: Seekor ular yang 'tersesat' memasuki sebuah kapal terbang mencetuskan panik seluruh penumpang dalam sebuah pesawat semasa melakukan perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.

Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu menyaksikan seekor ular ditemui merayap atas kepala penumpang dan video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @wannabnailssalon telah tular di media sosial.

Semasa kejadian iaitu ketika pesawat mendarat, seorang penumpang menjerit dan memberitahu terdapat seekor ular merayap atas kepalanya sehingga mencetuskan panik dalam pesawat itu.

Dalam klip video itu, seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.

Bagaimanapun, usaha itu gagal dan dia berjaya menangkapnya dengan memasukkannya ke dalam beg plastik.

Selepas video itu tular, ramai netizen memuji pendekatan pembantu kapal yang kelihatan tenang mengendalikan penangkapan ular itu manakala yang lain mempersoalkan bagaimana reptilia tersebut memasuki pesawat.

Segelintir netizen mengandaikan ular tersebut berbisa manakala sebaliknya membuat spekulasi bahawa ular yang dipercayai diseludup penumpang tidak berbisa sama sekali.

Sebelum ini, seekor ular ditemui dalam sebuah bas di Bangkok sehingga menarik perhatian ramai apabila segelintir kaki nombor ekor mencari nombor kenderaan itu dengan tujuan berjudi.
Sumber : Agensi berita/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita