Ulang tahun ke-4 serangan masjid Christchurch: New Zealand komited banteras ancaman pengganasan, ekstremisme
Anggaran Waktu Membaca:

Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand, di mana serangan pengganas berlaku pada 15 Mac 2019. (Gambar: Sanka VIDANAGAMA / AFP)
WELLINGTON: New Zealand komited untuk membanteras ancaman pengganasan dan ekstremisme terhadap rakyat negara itu.
Menteri Keadilan Andrew Little mengeluarkan kenyataan itu sebelum menghadiri mesyuarat keempat bagi membanteras pengganasan dan keselamatan rentas sempadan yang akan diadakan di Melbourne, Australia.
Dipengerusikan bersama oleh Australia dan Indonesia, mesyuarat itu menjadi platform perbincangan dan kerjasama mengenai keselamatan termasuk keselamatan global, daya tahan siber, menentang serta mencegah pengganasan dan ekstremisme.
Mesyuarat itu turut dihadiri Brunei, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.
Tahun ini menandakan ulang tahun keempat serangan ke atas Masjid Christchurch pada 2019, yang merupakan serangan pengganas paling berdarah di New Zealand.
Seorang lelaki bersenjata telah menyerang dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019, membunuh 51 jemaah dan mencederakan 40 yang lain.

Sumber : AGENCIES/AW/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.