Ulama Turki dituduh cuba rampas kuasa, Fethullah Gullen meninggal dunia pada usia 83 tahun
Ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen, dan bertanggungjawab menubuhkan pergerakan Islam yang berkuasa di Turki dan negara-negara lain, telah meninggal dunia pada Ahad (20 Okt).

(Gambar: AFP)
Beliau berusia 83 tahun.
Dalam catatan di wadah X, laman Herkul yang memuat naik ceramah Gulen, menyatakan bahawa beliau meninggal dunia pada lewat petang Ahad di sebuah hospital di Amerika Syarikat di mana beliau sedang mendapatkan rawatan.
Gulen merupakan sekutu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada suatu ketika dahulu, namun hubungan mereka menjadi keruh.
Beliau dituduh mengaturkan kudeta terhadap Presiden Erdogan pada 2016 di mana beberapa askar antipemerintah menguasai jet tempur, kereta kebal dan helikopter.
Sekitar 250 orang terbunuh dalam percubaan untuk merampas kuasa itu.
Gulen yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat sejak 1999, menafikan terbabit dalam tindakan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.