Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ukraine tuduh Rusia lakukan serangan roket berhampiran loji kuasa nuklear

Anggaran Waktu Membaca:
Ukraine tuduh Rusia lakukan serangan roket berhampiran  loji kuasa nuklear

Stesen Tenaga Nuklear Zaporizhzhia di tenggara Ukraine adalah loji tenaga nuklear terbesar di Eropah. (Gambar: Andrey BORODULIN/AFP)

KYIV: Ukraine pada Rabu (10 Ogos) menuduh Rusia melakukan serangan roket di kawasan sekitar loji kuasa nuklear yang dirampas, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan sepuluh lagi cedera, serta mengetahui bahawa ia beririsko untuk Ukraine membalas tembakan.

Bandar Marhanets yang menurut Ukraine disasarkan Rusia adalah bandar yang menurut Moscow, musuhnya pernah gunakan sebelum ini untuk membedil para askar Rusia di loji Zaporizhzhia, yang dirampas pada Mac.

Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata tentera Ukraine akan membalas serangan di Marhanets.

Tentera Ukraine juga menyatakan Rusia turut membedil beberapa kawasan lain di wilayah Zaporizhzhia termasuk bandar lombong arang batu Vuhledar.

Menggesa sekutu-sekutu asing supaya menghantar senjata-senjata lebih kuat, Encik Zelenskyy berkata dalam satu rakaman video pada lewat malam kepada penduduk Kyiv bahawa mereka "tidak akan berdiam diri terhadap serangan Rusia di wilayah Dnipropetrovsk".

Ukraine dan Rusia menuduh satu sama lain membahayakan loji itu, iaitu kompleks nuklear terbesar di Eropah dengan melakukan serangan berhampiran kawasan tersebut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan