Ukraine tidak akan serah tanah kepada Rusia, tegas Presiden Zelensky
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy sebelum beliau bertemu pasukan tentera yang bakal berbuka puasa pada Mac 2025. (Gambar fail: Reuters)
KYIV: Ukraine tidak akan menyerahkan tanah kepada Rusia, Presiden Volodymyr Zelensky memberi amaran pada awal Sabtu (9 Ogos), beberapa jam selepas Washington dan Mosko bersetuju untuk mengadakan sidang puncak dalam usaha untuk menamatkan perang.
Presiden Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Amerika Donald Trump akan bertemu di Alaska yang terletak jauh di bahagian utara Washington, tetapi lebih dekat dengan Rusia, pada 15 Ogos, untuk cuba menghuraikan konflik yang sudah berlarutan selama tiga tahun. Ini meskipun selepas menerima beberapa amaran dari Ukraine dan Eropah bahawa Kyiv mesti terlibat dalam rundingan tersebut.
Semasa mengumumkan sidang puncak itu pada Jumaat (8 Ogos), Presiden Trump berkata "akan ada beberapa pertukaran wilayah untuk kebaikan kedua-dua pihak" Ukraine dan Rusia, tanpa memberikan butiran lanjut.
“Rakyat Ukraine tidak akan memberikan tanah mereka kepada penjajah,” tegas Presiden Zelensky menerusi media sosial beberapa jam kemudian.
"Sebarang keputusan terhadap kami, sebarang keputusan tanpa Ukraine, serupa keputusan menentang keamanan. Mereka tidak akan mencapai apa-apa," katanya sambil menambah bahawa perang "tidak boleh ditamatkan tanpa kami, tanpa Ukraine".
Tiga pusingan rundingan antara Rusia dengan Ukraine tahun ini gagal membuahkan hasil, dan masih belum jelas sama ada sidang puncak kali ini akan memudahkan usaha untuk capai keamanan.
Puluhan ribu orang terbunuh sejak Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022, dengan berjuta-juta yang lain terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Presiden Putin menolak beberapa gesaan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kyiv untuk menguatkuasakan gencatan senjata.
Presiden Zelensky berkata Kyiv "bersedia untuk keputusan yang betul-betul boleh membawa keamanan" tetapi menurutnya, ia harus menjamin "keamanan yang bermaruah", tanpa memberikan mengulas lebih lanjut.
Bekas pegawai KGB yang berkuasa di Rusia selama lebih 25 tahun itu juga menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Encik Zelensky pada peringkat ini.
Pemimpin Ukraine itu mendesak untuk mengadakan sidang puncak tiga penjuru dan sering berkata pertemuan dengan Putin adalah satu-satunya cara untuk mencapai kemajuan ke arah keamanan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.