Ukraine terima bantuan kewangan IMF bernilai AS$4.5 bilion
KYIV: Ukraine akan menerima sejumlah AS$4.5 bilion (S$6 bilion) daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tahun ini.
Demikian menurut laporam agensi berita Xinhua yang memetik kementerian kewangan negara itu pada Jumaat (14 Apr).
Ukraine mendapat bahagian pertama AS$2.7 bilion (S$3.6 bilion) awal bulan ini dan menjangkakan menerima dua lagi bahagian tambahan berjumlah AS$1.8 bilion (S$2.4 bilion), menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Selepas pertemuan dengan Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva di Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Bank Dunia, Menteri Kewangan Ukraine Serhiy Marchenko berkata program Kemudahan Dana Lanjutan baru yang disahkan oleh IMF bulan lalu itu akan memberi sumbangan besar kepada defisit bajet tahun ini, yang akan mewujudkan asas bagi pembinaan semula negara dan penyertaannya kepada Kesatuan Eropah.
Bulan lalu, IMF meluluskan program Kemudahan Dana Lanjutan selama empat tahun untuk Ukraine berjumlah AS$15.6 bilion (S$20.8 bilion) untuk menyokong kestabilan dan pemulihan ekonomi Ukraine.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.