Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ukraine siasat nahas helikopter ragut nyawa Menteri Dalam Negeri

Anggaran Waktu Membaca:
BROVARY: Pihak berkuasa Ukraine pada Khamis (19 Jan) sedang menyiasat keadaan berhubung nahas helikopter yang meragut nyawa Menteri Dalam Negeri Denys Monastyrsky dan 13 mangsa lain.

Nahas helikopter terhempas di luar Kyiv pada Rabu itu berlaku ketika ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berucap di Forum Ekonomi Dunia tahunan di Davos bahawa sekutu-sekutunya bersedia untuk membekalkan "senjata lebih berat" kepada Ukraine dilanda perang.

Ukraine tidak mendakwa bahawa Rusia terlibat secara langsung dalam nahas tersebut, namun Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata tragedi itu adalah akibat daripada peperangan yang sedang berlaku.

"Tiada kemalangan yang berlaku dalam peperangan. Ia semua adalah hasil peperangan," kata Encik Zelenskyy dalam Bahasa Inggeris ketika hadir melalui pautan video di Davos.

Beliau juga memperbaharui seruan bagi kereta kebal berat yang moden rekaan Barat, di mana menurut penganalisis adalah penting untuk menembusi benteng pertahanan di kawasan timur Ukraine.

Dalam rujukan secara terang-terangan kepada Jerman, di mana Canselor Olaf Scholz sedang mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan eksport kereta kebal Leopard yang dipandang tinggi, Encik Zelenskyy meminta agar ia dipercepatkan.

Sementara itu, di Washington, Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Dasar Colin Kahl berkata bahawa Amerika Syarikat belum capai "tahap itu lagi" untuk menyediakan kereta kebal Abrams yang maju kepada Ukraine, walaupun beliau tidak menafikan sebarang perubahan pada masa hadapan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan