Ukraine sasar sertai EU dalam tempoh setahun setelah rundingan bermula
Bendera Kesatuan Eropah (EU). (Gambar: AFP/Kenzo Tribouillard)
KYIV: Ukraine menyasarkan untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh setahun setelah rundingan keahlian bermula, kata Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba.
"Matlamat kami adalah untuk memulakan rundingan keahlian EU pada 2023. Saya rasa ia akan mengambil masa kira-kira setahun untuk Ukraine menjadi anggota penuh," kata Encik Kuleba pada Khamis (30 Mac), seperti dipetik agensi berita Interfax-Ukraine, menurut Xinhua.
Ukraine sedang melaksanakan tugas-tugas yang dikemukakan EU untuk diterima sebagai anggota "lebih pantas daripada jangkaan", tekan menteri itu.
Pada Jun 2022, para pemimpin EU menerima pencalonan EU sebagai anggota blok itu.
Suruhanjaya Eropah mengemukakan tujuh syarat untuk ditepati oleh Ukraine sebelum rundingan keahlian dimulakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.