Ukraine, Rusia mungkin capai persetujuan rundingan damai minggu depan
Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak. (Gambar: Sergei KHOLODILIN / BELTA / AFP)
KYIV: Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak pada Khamis (17 Mac) berkata Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net.
Kyiv mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu, kata Podolyak.
Beliau yang juga anggota delegasi Ukraine terhadap rundingan damai dengan Rusia berkata, jika perjanjian dipersetujui kedua-dua pihak, ia akan menjadi penamat kepada konflik Ukraine dan Rusia.
Podolyak pada Rabu (16 Mac) berkata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mungkin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dalam masa terdekat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.