Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ukraine peroleh bantuan €1 bilion untuk harungi musim sejuk

Anggaran Waktu Membaca:
Ukraine peroleh bantuan €1 bilion untuk harungi musim sejuk

Bandar Ukraine terputus bekalan elektrik. (Gambar: Sergei Supinsky/AFP)

PARIS: Sekutu Barat Ukraine menjanjikan tambahan €1 bilion (S$1.4 bilion) dalam bantuan kecemasan musim sejuk pada Selasa (12 Dis).

Ia menyusuli rayuan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, untuk membantu negara itu bertahan menghadapi serangan Rusia terhadap grid tenaga negara itu.

Kira-kira 70 negara dan pertubuhan antarabangsa berkumpul di Paris untuk mesyuarat yang bertujuan membantu rakyat Ukraine "melalui musim sejuk", kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Dalam ucapan menerusi video, Encik Zelenskyy berkata, Ukraine memerlukan bantuan benilai sekitar 800 juta euro (S$1.1 bilion) dalam jangka pendek untuk memperbaiki sektor tenaganya yang terjejas.

"Sudah tentu ia adalah jumlah yang sangat tinggi, namun kosnya lebih kurang berbanding potensi berlakunya terputus bekalan elektrik," kata Encik Zelenskyy dalam sidang media melalui pautan video berkenaan.

Ikrar buat sektor tenaga Ukraine merangkumi dana sebanyak €400 juta (S$572 juta) yang dikumpulkan pada Selasa, kata Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna.

Ukraine memerlukan alat-alat ganti untuk pembaikan, penjana berkapasiti tinggi, gas tambahan serta peningkatan import elektrik, kata Encik Zelenskyy.

Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal berkata 40 hingga 50 peratus grid tenaga negara itu tidak boleh berfungsi disebabkan serangan Rusia.

Banyak kawasan di negara itu hanya mempunyai bekalan kuasa untuk beberapa jam sehari.

Lagi 1.5 juta orang terputus bekalan elektrik di selatan Odessa pada hujung minggu selepas serangan dron Rusia.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan