Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ukraine minta ruang dan peluang hadir sidang puncak G20 di India

Ukraine meminta ruang serta peluang bagi menghadiri acara G20 dan mesyuarat kepimpinan kumpulan itu di India pada September depan.

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Ukraine meminta ruang serta peluang bagi menghadiri acara G20 dan mesyuarat kepimpinan kumpulan itu di India pada September depan.

Timbalan Menteri Luar Emine Dzhaparova pada Selasa (11 Apr) berkata negaranya meminta ruang untuk "hadir" ke acara sampingan serta penyertaan Presiden Volodymyr Zelenskyy dalam sidang puncak itu.

Cik Dzhaparova ditemui di Majlis Hal Ehwal Dunia India yang berlangsung di New Delhi sambil berhujah bahawa sidang puncak itu harus membincangkan krisis terbabit kerana ia memberi kesan kepada ekonomi G20.

“Presiden saya dengan senang hati bersuara bagi rakyat Ukraine" dan menerangkan kesannya terhadap Ukraine serta ekonomi dunia, kata beliau.

Lawatan Cik Dzhaparova ke New Delhi selama empat hari hingga 12 April adalah sebahagian daripada usaha Ukraine untuk membina hubungan yang lebih erat dengan India.

Beliau turut mengadakan perbincangan dengan beberapa pegawai kanan India kerana Ukraine mahu mempunyai pendekatan "seimbang dan pragmatik" melibatkan hubungan dua hala dengan India.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan