Ukraine lancar serangan 8 dron ke atas Mosko, dedah kementerian pertahanan Rusia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail dron yang ditembak jatuh. (Gambar: AFP)
MOSKO: Ukraine melancarkan serangan ke atas ibu negara Rusia menggunakan lapan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau dron pada Selasa (30 Mei), namun kesemuanya ditembak jatuh, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia, lapor Sputnik.
Tiga daripada dron ini dipintas secara elektronik dan hilang kawalan lalu menyimpang dari sasaran, manakala lima lagi ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu dan senjata api antipesawat Pantsir-S.
Sementara itu, Datuk Bandar Mosko Sergey Sobyanin berkata beberapa bangunan turut mengalami kerosakan.
Beliau berkata semua perkhidmatan kecemasan di bandar ini berada di lokasi kejadian dan setakat ini, belum ada laporan mengenai kecederaan parah.
Sementara itu, Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia (Rosaviatsiya) memaklumkan, lapangan terbang di Mosko dan Wilayah Mosko beroperasi seperti biasa.
"Setakat 8.00 pagi waktu Moscow [05:00 GMT] pada 30 Mei 2023, lapangan terbang Mosko dan Wilayah Mosko beroperasi seperti biasa. Semua perkhidmatan lapangan terbang dan pengawal trafik udara berfungsi tanpa kontingensi," menurut agensi itu.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.