Ukraine ikrar balas serangan Rusia terhadap kemudahan tenaga
Serangan dron Rusia terhadap kemudahan tenaga di utara dan selatan Ukraine semalaman menyebabkan hampir 60,000 pengguna terputus bekalan elektrik, dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berikrar bertindak balas dengan mengarahkan lebih banyak serangan jauh ke dalam Rusia.
Orang ramai berdiri di tapak bangunan apartmen yang diserang dron Rusia dan terkena serangan udara di Zaporizhzhia, Ukraine pada 30 Ogos 2025. (Gambar: Reuters/Stringer)
Selepas berperang selama tiga setengah tahun, Rusia dan Ukraine memperhebat serangan udara masing-masing dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
Rusia menyasarkan sistem bekalan tenaga dan pengangkutan Ukraine, manakala Ukraine pula menyerang penapisan minyak dan kemudahan paip Rusia.
"Kami akan meneruskan operasi aktif kami dengan cara yang betul-betul diperlukan bagi pertahanan Ukraine. Pasukan tentera dan sumber-sumber sudah pun disediakan. Serangan mendalam baharu juga dirancang," kata Encik Zelenskyy di wadah X selepas bermesyuarat dengan jeneral kanan Ukraine, Oleksandr Syrsky, tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai rancangan tersebut.
Syarikat bekalan tenaga privet terbesar Ukraine, DTEK, menyatakan dron-dron Rusia menyerang empat kemudahan tenaga di rantau Odesa pada waktu malam, dan pihak berkuasa melaporkan 29,000 penduduk terputus bekalan elektrik pada awal pagi Ahad (31 Ogos).
Kawasan yang paling teruk terjejas adalah bandar pelabuhan Chornomorsk, yang terletak di luar Odesa, di mana rumah-rumah dan bangunan pentadbiran juga mengalami kemusnahan, kata Oleh Kiper, gabenor daerah Odesa yang lebih meluas.
"Kemudahan kritikal kini beroperasi menggunakan penjana kuasa," kata Kiper menerusi aplikasi sembang Telegram.
Seorang individu cedera dalam serangan tersebut, katanya.
Tentera Ukraine menyatakan pada Ahad walaupun Mosko mendakwa ia melancarkan serangan musim panas yang berjaya, tentera Rusia gagal menguasai sepenuhnya sebarang bandar-bandar utama Ukraine dan "hanya menokok tambah" jumlah berkaitan wilayah yang ditawan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.