Ukraine dilapor berjaya rampas semula wilayah Kharkiv
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: HANDOUT / General Staff of the Ukrainian Armed Forces / AFP)
SINGAPURA: Pasukan Ukraine dilaporkan sudah berjaya merampas semula sebahagian wilayahnya yang dikuasai Rusia, terutama di Kharkiv yang terletak di timur laut negara itu.
Menurut Ketua angkatan tentera Ukraine, sekitar tiga ribu kilometer persegi wilayahnya dibebaskan kembali sejak awal September.
Disifatkan sebagai salah satu kekalahan teruk pihak Rusia sejak pencerobohan bermula, ribuan askarnya lari meninggalkan kota Izium setelah diasak pasukan Ukraine.
Mereka turut meninggalkan peralatan tentera, termasuk simpanan peluru, di bandar yang menjadi pusat logistik bagi wilayah Kharkiv.
Kemenangan tersebut diumumkan oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, namun tiada pengesahan diterima setakat ini dari pihak Kremlin.

Sumber : Agensi berita/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.