Skip to main content

Dunia

Ukraine dakwa tentera Rusia lancar serangan dron terbesar sejak perang meletus

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Ibu negara Ukraine, Kyiv, telah mengalami apa yang disifatkan oleh para pegawai sebagai serangan dron terbesar dalam perang Ukraine-Rusia.

Sebahagian besar dron Rusia telah ditembak jatuh.

Serangan udara selama enam jam pada awal pagi waktu tempatan telah menyasarkan beberapa daerah di Kyiv.

Para penduduk dikejutkan dengan bunyi letupan dan semboyan serangan udara dalam serangan yang dilancarkan pada awal pagi.

Ramai penduduk bergegas ke pusat perlindungan bom di Kyiv, termasuk berlindung di stesen kereta api bawah tanah.

Para pegawai berkata sebanyak 75 dron buatan Iran telah dilancarkan ke arah ibu kota Ukraine itu.

Semua kecuali satu dron berjaya ditembak jatuh.

Sekurang-kurangnya lima orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Serpihan daripada dron-dron yang ditembak jatuh telah memusnahkan bangunan dan mencetuskan kebakaran.

Serangan ke atas ibu kota Ukraine itu telah menyebabkan bekalan elektrik bagi kira-kira 16,000 rumah di wilayah tersebut terputus.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita