Ukraine dakwa Rusia rancang kerahan tentera baru untuk 'ubah arus peperangan'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Dimitar DILKOFF / AFP)
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, berkata Rusia sedang merancang untuk mengerahkan lebih ramai tentera dalam rancangan serangan barunya yang besar.
Ini sekalipun ketika Mosko berdepan dengan beberapa kritikan dalaman terbesar terhadap perang berkaitan serangan yang meragut nyawa ramai anggota tentera baru.
Kyiv menyatakan buat berminggu-minggu bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin merancang untuk mengarahkan satu lagi kerahan tentera besar-besaran dan menutup sempadan negaranya bagi menghalang lelaki warganegara itu daripada melarikan diri daripada kerahan berkenaan.
Kementerian pertahanan Rusia pada Rabu (4 Jan) menyalahkan penggunaan telefon bimbit oleh para tentera atas serangan Ukraine pada malam Tahun Baru yang membunuh 89 tentera. Ia adalah insiden yang paling teruk yang diakui Mosko bagi tenteranya sejak permulaan perang.
Jika Rusia merancang untuk kerahan tentera baru, kematian anggota tentera pada malam Tahun Baru boleh menjejaskan semangat para anggota.
Ratusan ribu lelaki sudah melarikan diri dari Rusia ketika Encik Putin mengarahkan kerahan tentera pertama askar simpanan sejak Perang Dunia Kedua selepas kemunduran tentera.

BACA:
Encik Putin mengatakan bulan lepas bahawa tidak ada keperluan untuk kerahan tentera baru.
Namun dalam tanda yang menunjukkan bahawa Kremlin mungkin mempertimbangkan cadangan itu, sebuah kumpulan kecil yang mendakwa mewakili balu askar Rusia menggesa Encik Putin pada Selasa (3 Jan) agar mengerahkan jutaan lelaki ke medan perang.
Kremlin bagaimanapun belum memberikan komen berhubung rayuan itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.