Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ukraine berusaha pulihkan bekalan elektrik, air selepas serangan terbaru Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Ukraine berusaha pulihkan bekalan elektrik, air selepas serangan terbaru Rusia

Pusat bandar semasa ketiadaan bekalan elektrik. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 09:41AM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 09:41AM
KYIV: Ukraine bergelut untuk memulihkan perkhidmatan elektrik dan airnya yang terjejas selepas Rusia menyerang kawasan grid elektrik Ukraine.

Sistem tenaga Ukraine berada di ambang kemusnahan dan berjuta-juta rakyat berdepan kecemasan ketiadaan bekalan elektrik selama berminggu-minggu akibat pengeboman sistematik grid oleh Rusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran akibat 'nyawa terancam' dan menganggarkan berjuta-juta orang mungkin terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Datuk bandar Kyiv, Encik Vitali Klitschko berkata bahawa 60 peratus rumah masih tiada bekalan elektrik.

Bagaimanapun menurut para pegawai bandar, perkhidmatan air sudah pulih sepenuhnya.

Ukraine menuduh pihak berkuasa Rusia melancarkan sekitar 70 peluru berpandu dan dron untuk melakukan serangan, yang sekaligus menyebabkan 10 orang mati dan sekitar 50 orang cedera.

Namun, kementerian pertahanan Rusia menafikan serangan-serangan itu dan menegaskan sistem-sistem pertahanan udara Ukraine dan negara asing yang menyebabkan kemusnahan itu.
Sumber : AFP/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa