Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UK tarik balik semua sekatan perjalanan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
UK tarik balik semua sekatan perjalanan COVID-19

Orang ramai berjalan di Green Park, London pada 15 Mac 2022. (Gambar: JUSTIN TALLIS / AFP)

LONDON: Pelancong yang tiba di United Kingdom (UK) tidak lagi perlu mengisi borang lokasi keberadaan meskipun tidak menerima suntikan vaksin berikutan pemansuhan sekatan perjalanan COVID-19 pada Jumaat (18 Mac).

Mereka juga tidak perlu mengambil ujian saringan atau mengisi borang sebelum penerbangan ketika berada di negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Perjalanan tanpa sekatan itu diumumkan selepas hampir dua tahun pandemik COVID-19 melanda dan sejak orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perjalanan antarabangsa yang tidak penting pada Mac 2020.

Sementara itu, menurut Jabatan Pengangkutan, pelbagai "langkah luar jangka” akan dilaksanakan jika perlu, dengan mengambil "tindakan pantas dan berkadar" bagi menangani varian baru.

"Kita tidak akan mengekalkan sekatan perjalanan - memberikan lebih banyak kebebasan untuk pelancong menjelang cuti Easter," kata Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps.
 

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan