Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UK kutuk rancangan Israel wujudkan petempatan baru di Tebing Barat

Britain pada Ahad (7 Apr) mengutuk Israel berhubung rancangan negara itu untuk mewujudkan petempatan baru di Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik satu kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
UK kutuk rancangan Israel wujudkan petempatan baru di Tebing Barat

Bandar Tebing Barat, Hebron, yang menunjukkan pemandangan petempatan kaum Yahudi Kiryat Arba yang terletak di pinggir bandar itu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 12:26PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 12:29PM

LONDON: Britain pada Ahad (7 Apr) mengutuk Israel berhubung rancangan negara itu untuk mewujudkan petempatan baru di Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik satu kenyataan.

“UK mengutuk sekeras-kerasnya pemajuan pelan dan tender pihak berkuasa Israel pada 5 April untuk petempatan unit kediaman di seluruh Tebing Barat,” kata Mark Field, pemangku menteri bagi Timur Tengah dalam satu kenyataan.

Encik Field berkata pelan bagi petempatan baru yang didedahkan baru-baru ini “adalah susulan pengumuman pada Disember bagi lebih 2,000 unit kediaman.”

“Petempatan itu adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa dan menjejaskan daya maju fizikal penyelesaian dua negara,” katanya.

Sambil menggesa Israel agar “menghentikan tindakan tidak produktif sedemikian,” menteri Britain itu menyeru “semua pihak berusaha lebih lanjut untuk meredakan ketegangan semasa dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk keamanan yang adil dan berkekalan.”

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk mengilhakkan Tebing Barat yang diduduki jika beliau memenangi pilihan raya umum, yang dijadualkan pada 9 April.

Kira-kira 650,000 orang Yahudi kini tinggal di lebih 100 petempatan di Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur yang diduduki Israel.

Undang-undang antarabangsa menganggap Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur sebagai "wilayah yang diduduki" serta semua aktiviti pembinaan petempatan orang Yahudi di kawasan itu adalah haram.

Penduduk Palestin pula mahukan kedua-dua wilayah itu serta Semenanjung Gaza untuk penubuhan sebuah negara Palestin pada masa depan. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan