UK jadi 'tapak ledakan' kes-kes baru COVID-19
Para anggota perubatan Britian memberi amaran pada Jumaat (1 Jan) bahawa negara itu berdepan dengan minggu-minggu sangat berbahaya.

(Gambar: AFP)
LONDON: Para anggota perubatan Britian memberi amaran pada Jumaat (1 Jan) bahawa negara itu berdepan dengan minggu-minggu sangat berbahaya di tengah-tengah jangkitan baru mendadak yang dikatakan sebagai jenis baru COVID-19.
Sehari selepas UK mencatat rekod 55,892 jangkitan baru dan 964 kematian, kebimbangan diluahkan berhubung kesan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional.
Hospital lapangan yang dibina pada awal penularan pandemik tetapi kemudian disimpan, kini diaktifkan semula.
Pengarah Kolej DiRaja Kejururawatan England Mike Adams memberitahu Sky News bahawa UK menjadi "perhatian dunia" dan sangat "menggeramkan" untuk melihat orang ramai tidak mematuhi panduan jarak selamat atau memakai pelitup.
Seorang doktor terkemuka juga memberi amaran kesan kepada pekerja jagaan kesihatan barisan hadapan penularan itu yang berada di hospital.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan-peraturan berkenaan.
Jangkitan baru naik seganda sejak beberapa minggu lalu selepas varian baru itu dikatakan sekitar 70 peratus lebih berjangkit dan didapati menjadi punca peningkatan mendadak di London dan tenggara England.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.