Skip to main content

Dunia

UK berkabung 10 hari kemangkatan Ratu Elizabeth II

Anggaran Waktu Membaca:
UK berkabung 10 hari kemangkatan Ratu Elizabeth II

Jambakan bunga diletakkan di luar Kedutaan Britain selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II diumumkan pada 8 Sep 2022 di Washington, DC. (Gambar: AFP)

LONDON: United Kingdom (UK) memulakan tempoh berkabung selama 10 hari bermula Jumaat (9 Sep) selepas Istana Buckingham mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis.

Banyak aktiviti, termasuk sidang Parlimen ditangguhkan, lapor Agensi Anadolu.

Persidangan Parlimen akan ditangguh sehingga 21 September, namun satu sidang khas akan diadakan pada tengah hari Jumaat untuk Anggota Parlimen memberi penghormatan kepada mendiang Ratu sehingga pukul 10.00 malam waktu tempatan.

Dewan Rakyat pula akan bersidang pada Sabtu (10 Sep) untuk beberapa Anggota Parlimen kanan mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Charles III.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini juga dibatalkan manakala aksi liga Scotland, Ireland dan Wales pula ditangguhkan.

Persembahan teater di seluruh negara berkemungkinan diteruskan dan pengunjung akan bertafakur selama seminit.

Persatuan Teater London dan Teater UK dalam satu kenyataan menyatakan persembahan teater yang sudahpun dijadualkan akan diteruskan semasa tempoh perkabungan.

Semua program TV di saluran utama juga disusun semula dan semua mogok yang dirancang oleh beberapa pihak turut dibatalkan.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita