Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, UK, Australia, Perancis catat rekod baru kes harian COVID-19 di ambang Tahun Baru

Dengan kemunculan varian Omicron, jumlah kes jangkitan harian COVID-19 di merata dunia melonjak kepada lebih sejuta buat pertama kalinya.

Anggaran Waktu Membaca:

AMERIKA SYARIKAT: Dengan kemunculan varian Omicron, jumlah kes jangkitan harian COVID-19 di merata dunia melonjak kepada lebih sejuta buat pertama kalinya.

Negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan banyak lagi menyaksikan kes jangkitan harian mencecah rekod baru.

Ini sehingga ada yang terpaksa mengenakan semula sekatan COVID-19 seperti membatalkan perayaan Tahun Baru, menghadkan perhimpunan awam dan mewajibkan semula pemakaian pelitup.

Di Hong Kong, kes jangkitan COVID-19 dicatatkan buat pertama kalinya selepas tiga bulan. Sekurang-kurangnya dua kes penularan varian Omicron dikesan dalam masyarakat. Ia dikaitkan dengan tiga anak kapal Cathay Pacific yang diuji positif.

Pemerintah Hong Kong sedang bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kelima COVID-19. Para pegawai kesihatan sedang cuba untuk mengesan kontak rapat para pesakit terjejas.

Para penduduk pula digesa untuk mengelakkan perhimpunan besar bagi menyambut tahun baru kerana risiko penularan varian Omicron.

Di Australia pula, sebanyak 32,400 kes jangkitan baru dicatatkan, menjadikannya paras rekod sejak pandemik melanda.

Namun demikian, ibu kota Sydney masih akan meneruskan sambutan Tahun Baru.

Pihak berkuasa bagaimanapun menggalakkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga sedang jumlah jangkitan harian di New South Wales meningkat hampir seganda kepada 21,151 kes.

United Kingdom pula melaporkan lebih 189,000 kes baru pada Khamis (30 Dis) iaitu rekod harian tertinggi bagi negara itu dengan 332 kematian. Ini disebabkan varian Omicron yang semakin menular.

England juga sedang membina hospital-hospital sementara untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan pesakit COVID-19.
 

Sumber : Agensi berita/IA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan