Ujian PCR tidak wajib bagi jemaah umrah dari luar Saudi; Insurans COVID-19 tetap diperlukan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa para jemaah umrah, yang datang dari luar Saudi ke negara itu, tidak memerlukan ujian negatif pada ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) atau Ujian Pantas Antigen (ART).
Namun perlindungan insurans bagi rawatan perubatan sekiranya dijangkiti COVID-19, masih menjadi syarat untuk mengerjakan umrah.
Meskipun visa Umrah mengehadkan para jemaah berada 90 hari di Saudi, mereka dibenarkan ke bandar-bandar lain di Saudi, selain ke Makkah dan Madinah sahaja.
Menurut laporan Saudi Gazette, para jemaah umrah pada musim baru 1444 Hijrah juga boleh memilih program lawatan secara elektronik dan langsung, tanpa perlu menerusi orang tengah. Permohonan visa umrah juga boleh dibuat menerusi laman internet.
Mereka yang tidak divaksin juga akan dibenarkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Para jemaah yang tidak mengambil vaksin COVID-19 sebelum ini juga boleh mendapatkan permit untuk mengerjakan umrah menerusi aplikasi Eatamarna, Saudi Gazette melaporkan. Namun mereka tidak boleh dijangkiti COVID-19 atau berhubung rapat dengan pesakitnya.
Sementara itu, buat julung-julung kalinya sejak Mac 2020, halangan sekitar Kaabah dikeluarkan, sempena bermulanya musim baru Umrah.
Menurut Ketua Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, keputusan Raja Salman bagi Arab Saudi itu bertujuan memudahkan lagi lawatan dan ibadah para jemaah, dalam suasana yang selamat.
Halangan sekeliling Kaabah dipasang untuk mencegah penularan COVID-19 dua tahun lalu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/AZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.