Skip to main content

Dunia

Ujian PCR, pas vaksin tidak lagi diperlukan untuk masuki Hong Kong

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian PCR, pas vaksin tidak lagi diperlukan untuk masuki Hong Kong

(Gambar: Peter PARKS / AFP)

Diterbitkan : 28 Dec 2022 03:55PM
HONG KONG: Pelancong ke Hong Kong tidak lagi dikehendaki menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) COVID-19 apabila tiba di bandar tersebut, menurut penyiar tempatan TVB pada Rabu (28 Dis) yang memetik beberapa sumber.

Vaksin pas yang sebelum ini dikehendaki untuk memasuki kebanyakan tempat, juga akan dimansuhkan.

Pemimpin Hong Kong John Lee dijadual mengadakan taklimat media pada pukul 3.30 petang waktu tempatan untuk memberikan perinciannya.

Pengumuman itu dibuat selepas Encik Lee berkata pada Sabtu (24 Dis) bahawa Hong Kong akan membuka semula sempadannya dengan tanah besar China menjelang pertengahan Januari.
Selama hampir tiga tahun, Hong Kong mengikut langkah China dalam mengatasi koronavirus.

Dalam perubahan dasarnya, China bulan ini menarik balik rejim COVID-19 yang paling ketat di dunia, merangkumi perintah berkurung dan ujian besar-besaran. Pelancong yang ingin memasuki negara tersebut juga tidak lagi dikehendaki menjalani kuarantin mulai 8 Januari, menurut pihak berkuasa minggu ini.
Sekatan perjalanan antara Hong Kong dengan tanah besar China dikuat kuasakan pada awal 2020. Pembukaan semula sempadan ditangguhkan beberapa kali disebabkan penularan virus di Hong Kong atau di tanah besar. Hong Kong dan China mengambil masa lebih lama berbanding seluruh dunia untuk melonggarkan peraturan COVID-19.

Pelancong asing yang tiba di Hong Kong sejak pertengahan bulan Disember tidak lagi tertakluk pada sebarang kawalan pergerakan berhubung COVID-19 atau dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu.

Walaupun Hong Kong memansuhkan kebanyakan peraturan COVID-19 pada beberapa bulan kebelakangan ini, pelitup masih diwajibkan di temapt-tempat awam, selain semasa bersenam, manakala pelancong asing yang tiba dikehendaki menjalni ujian PCR COVID-19 selepas tiba dan sekali lagi dua hari kemudian. Pas vaksin wajib juga dikuat kuasakan sejak Februari.

Encik Lee sebelum ini menyatakan pemerintah mengambil pendekatan beransur-ansur untuk melonggarkan sekatan demi mengurangkan risiko kesihatan awam.
Sumber : Agensi berita/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita