Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ujian klinikal calon vaksin Sinopharm khusus bagi lawan Omicron diluluskan

Anggaran Waktu Membaca:
 Ujian klinikal calon vaksin Sinopharm khusus bagi lawan Omicron diluluskan

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 16 Apr 2022 05:47PM Dikemas Kini : 16 Apr 2022 05:47PM

BEIJING: Dua calon vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh unit-unit China National Biotec Group (CNBG) untuk menyasarkan varian Omicron sudah diluluskan bagi ujian klinikal sebagai suntikan dos penggalak di Hong Kong.

Demikian menurut anak syarikat Sinopharm itu hari ini (16 Apr).

Para saintis di merata dunia berlumba-lumba untuk mengkaji vaksin yang dipertingkat khusus bagi melawan Omicron, sedang data menunjukkan bahawa antibodi yang dikeluarkan oleh vaksin-vaksin berdasarkan jujukan sebelumnya lebih lemah untuk meneutralkan varian yang lebih mudah berjangkit itu.

Dua calon vaksin itu, yang kedua-duanya mengandungi virus Omicron yang tidak diaktifkan atau "sudah dimatikan" dan serupa dengan dua vaksin Sinopharm yang digunakan di China, akan diuji ke atas orang dewasa yang sudah menerima dua atau tiga dos vaksin, menurut CNBG dalam kenyataan medianya.

Ia bagaimanapun tidak pula menyatakan produk vaksin yang mana satu yang sudah diterima para peserta ujian sebelum mengambil suntikan uji kaji dos penggalak tersebut atau berapa ramai orang yang akan direkrut, lapor Reuters.

Satu kajian di China menunjukkan bahawa suntikan dos keempat BBIBP-CorV, iaitu vaksin Sinopharm sedia ada, tidak meningkatkan paras antibodi secara ketara terhadap Omicron apabila disuntik enam bulan selepas dos ketiga berbanding rejimen biasa dua dos.

Meskipun dos keempat itu mengembalikan paras antibodi ke sekitar paras kemuncak seperti mana selepas suntikan dos ketiga, para pengkaji berkata vaksin-vaksin baru akan menawarkan alternatif lebih baik sebagai dos penggalak pada masa akan datang.

Sumber : Reuters/NK/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa