Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ujian air kencing mangsa kopi durian positif dadah

Hasil ujian air kencing dan darah dua lagi mangsa yang minum kopi pracampur segera sehingga mengalami beberapa gejala termasuk letih dan pening yang teruk didapati positif dadah jenis syabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian air kencing mangsa kopi durian positif dadah

Syarikat terbabit menyatakan bahawa paket kopi yang diberi kepada mangsa sudah diubah. (Gambar: Mycafe Penang Durian White Coffee/Facebook)

Diterbitkan : 15 Feb 2018 08:22PM Dikemas Kini : 15 Feb 2018 08:24PM

GEORGE TOWN: Hasil ujian air kencing dan darah dua lagi mangsa yang minum kopi pracampur segera sehingga mengalami beberapa gejala termasuk letih dan pening yang teruk didapati positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata keputusan itu diperoleh minggu lalu namun polis masih menunggu keputusan ujian kimia ke atas kopi yang diminum mereka.

Setakat ini, ujian air kencing dan empat individu termasuk dua lelaki berkenaan yang terlibat meminum kopi putih pracampur  segera dan berperisa durian, positif dadah jenis syabu, kata beliau.

Datuk Thaiveegan juga berkata polis masih mengenal pasti sama ada kejadian itu melibatkan sindiket dadah. 

"Polis masih lagi mengesan wanita yang meletakkan kopi berkenaan di medan selera dan yakin dengan penahanannya dapat memberi petunjuk kepada kami," menurut beliau lagi.

Pada 4 Februari lalu, dua lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami pening dan muntah dipercayai selepas meminum sejenis kopi pracampur, selepas lima individu termasuk dua wanita yang sebelum itu mendapatkan rawatan di hospital sama selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas dipercayai minum kopi putih pracampur berperisa durian tersebut.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun terbabit ditahan di wad untuk pemerhatian dan menjalani beberapa ujian.  

Sumber : Bernama/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan