AS uji peluru berpandu di California
Amerika Syarikat sudah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu dari darat yang boleh terbang sejauh lebih 500 kilometer.

(Gambar: Scott Howe/AFP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu dari darat yang boleh terbang sejauh lebih 500 kilometer.
Ujian di Pulau San Nicolas di California itu adalah yang pertama dilakukan Amerika sejak ia menarik diri daripada Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) dengan Rusia, awal bulan ini.
Dimeterai pada 1987, perjanjian INF mengharamkan pelancaran peluru berpandu dari darat yang mempunyai jarak serangan antara 500 hingga 5,500 kilometer.
Washington bagaimanapun keluar daripada INF setelah menuduh Kremlin mencabuli perjanjian itu tetapi Kremlin nenafikannya.
Para pakar bimbang pembatalan INF akan menjejas perjanjian-perjanjian nuklear yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.