Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UEFA ingin perkenal pertandingan baru libatkan MLS

Anggaran Waktu Membaca:
UEFA ingin perkenal pertandingan baru libatkan MLS

Gambar: Shutterstock/RTS

Diterbitkan : 22 Sep 2022 02:18PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 02:46PM
EROPAH: Badan bola sepak Eropah, UEFA ingin mengusulkan perlawanan 'super' antara benua yang melibatkan Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS).

Menurut harian The Mail dan Diario, UEFA sedang mempertimbangkan untuk menggantikan Piala Super Eropah dengan perlawanan yang akan dianjurkan bersama dengan empat pasukan bola sepak.

Pertandingan baru itu akan melibatkan empat pasukan dalam format yang seakan Piala Super Sepanyol.

Pasukan-pasukan yang akan diundang ke pertandingan tersebut adalah para juara Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa, Liga Persidangan Europa dan MLS.

Pertandingan ini akan menjadi perlawanan yang diadakan semasa musim panas dan berkemungkinan diselenggarakan di luar benua Eropah bagi usaha UEFA untuk mendapatkan penonton bola sepak yang lebih luas.

Walaupun rancangan ini belum diperkukuhkan, idea tersebut mendapat banyak perhatian kerana mampu meraih lebih keuntungan, bukan sahaja bagi pasukan yang akan bersaing tetapi bagi bola sepak Eropah dengan menarik minat lebih ramai orang, termasuk keluarga dan penyokong wanita.

Perbincangan lanjut akan diadakan di persidangan agung Kesatuan UEFA di Istanbul pada Khamis (22 Sep) dan Jumaat (23 Sep) dengan niat untuk membangkitkan semangat daya inovasi.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan