Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Udaipur, India dalam keadaan berjaga-jaga susuli kejadian penggal kepala penyokong hina Nabi Muhammad

Anggaran Waktu Membaca:
Udaipur, India dalam keadaan berjaga-jaga susuli kejadian penggal kepala penyokong hina Nabi Muhammad

Aktivis organisasi sayap kanan Hindu Janajagruti Samithi semasa tunjuk perasaan terhadap pembunuhan seorang tukang jahit Hindu di Udaipur oleh dua lelaki Muslim baru-baru ini. (Gambar: Manjunath Kiran/AFP)

Diterbitkan : 30 Jun 2022 10:19AM Dikemas Kini : 30 Jun 2022 10:19AM

RAJASTHAN: Pembunuhan seorang lelaki Hindu di Rajasthan, wilayah India utara, mencetuskan ketegangan agama di kawasan tersebut. 

Mangsa, seorang tukang jahit bernama Kanhaiya Lal, dibunuh di daerah Udaipur pada Selasa (28 Jun) oleh dua lelaki Muslim yang merakam kejadian tersebut dan memuat naik videonya online. 

Lelaki itu mendakwa berbuat demikian kerana mangsa menyokong kenyataan menghina Nabi Muhammad yang dibuat bekas jurucakap parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma. 

Berikutan itu, pemerintah Udaipur menggantung khidmat internet dan melarang perhimpunan besar-besaran bagi mencegah berlakunya keganasan lebih lanjut. 

"Kedua-dua suspek pembunuhan itu sudah ditangkap dan kami akan memastikan hukuman yang tegas dan keadilan secepat mungkin," ujar Ketua Menteri Rajasthan, Ashok Gehlot, di Twitter pada Selasa (28 Jun).

Beliau turut menggesa orang ramai supaya bertenang dan tidak menyebarkan video pembunuhan tersebut kerana ia "terlalu mengerikan". 

Dalam satu lagi rakaman video, dua lelaki itu juga mengeluarkan amaran kepada Perdana Menteri Narendra Modi sambil menghayunkan parang. 

Agensi siasatan antipengganasan terkemuka di India sudah diminta menyiasat insiden tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa