Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ubat malaria disebut-sebut oleh Trump boleh rawat COVID-19 gagal satu lagi ujian

Rawatan untuk malaria yang sering disebut-sebut oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai "pengubah keadaan" dalam menentang virus korona, sekali lagi gagal menunjukkan manfaat dalam merawat para pesakit COVID-19 di hospital, menurut satu kajian yang dikeluarkan pada Khamis (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Ubat malaria disebut-sebut oleh Trump boleh rawat COVID-19 gagal satu lagi ujian

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 May 2020 11:41AM Dikemas Kini : 08 May 2020 11:43AM

WASHINGTON: Rawatan untuk malaria yang sering disebut-sebut oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai "pengubah keadaan" dalam menentang virus korona, sekali lagi gagal menunjukkan manfaat dalam merawat para pesakit COVID-19 di hospital, menurut satu kajian yang dikeluarkan pada Khamis (7 Mei).

Meskipun kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England itu mempunyai keterbatasan tertentu, para doktor melaporkan bahawa penggunaan hydroxychloroquine tidak mengurangkan kebergantungan para pesakit kepada alat bantuan pernafasan mahupun risiko kematian.

"Kami tidak melihat sebarang kaitan antara menggunakan ubat ini dengan kemungkinan berlaku kematian atau diberi bantuan pernafasan," kata ketua pengkaji Dr Neil Schluger kepada Reuters dalam wawancara menerusi telefon. "Para pesakit yang mengambil ubat ini kelihatan tidak bertambah baik."

Dalam kalangan pesakit yang diberikan ubat itu, 32.3 peratus akhirnya memerlukan alat pernafasan atau menghampiri akhir hayat mereka, berbanding 14.9 peratus pesakit yang tidak diberikan ubat itu.

Namun, para doktor lebih berkemungkinan memberikan hydroxychloroquine kepada para pesakit yang lebih tenat, justeru para pengkaji di Hospital New York-Presbyterian dan Pusat Perubataan Irving Universiti Columbia menyesuaikan kadarnya untuk mengambil kira perkara itu. Mereka menyimpulkan bahawa ubat itu mungkin tidak membawa kesan buruk kepada pesakit, tetapi ia jelas tidak membantu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan