Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ubat dikait kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lima produk sirap ubat yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia, menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim.

Beliau berkata semakan ke atas laman Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia mendapati produk tersebut ialah Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops yang dikesan mengandungi etilena glikol melebihi had dibenarkan.

"Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa kelima-lima produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Isnin (24 Okt).

Menurutnya NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan mutu, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan