Skip to main content

Dunia

UAE tumpaskan percubaan serangan siber terhadap prasarana digital negara

Anggaran Waktu Membaca:
UAE tumpaskan percubaan serangan siber terhadap prasarana digital negara
Orang ramai bersiar-siar di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu pada 23 Januari 2026. (Gambar: REUTERS/Abdelhadi Ramahi)
Diterbitkan : 22 Feb 2026 08:57AM Dikemas Kini : 22 Feb 2026 09:21AM
ABU DHABI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya menumpaskan serangan siber terancang yang menyasarkan prasarana digital dan sektor-sektor penting negara itu, menurut agensi berita negara itu pada Sabtu (21 Feb).

Serangan itu termasuk "percubaan untuk menceroboh masuk ke dalam rangkaian, menggunakan perisian hasad dan menjalankan kempen pancingan data sistematik yang menyasarkan platform-platform kebangsaan" dan melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta alat yang melakukan serangan siber, ia menambah.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan pihak yang dipertanggungjawabkan atas serangan itu.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita