Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UAE sumbang 1 juta dos vaksin Sinopharm kepada M'sia

Malaysia akan menerima sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinopharm daripada Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan kumpulan pertama 500,000 dos tiba pada Selasa (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
UAE sumbang 1 juta dos vaksin Sinopharm kepada M'sia

Majlis penyerahan vaksin itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 Jan 2022. (Gambar: BERNAMA)

SEPANG: Malaysia akan menerima sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinopharm daripada Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan kumpulan pertama 500,000 dos tiba pada Selasa (25 Jan).

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata bantuan daripada UAE itu akan melengkapkan usaha Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19 selain menandakan hubungan diplomatik penting antara kedua-dua negara.

“...kami ingin berterima kasih kepada Kedutaan UAE dalam memudahkan dan menyelaras penghantaran sumbangan vaksin COVID-19 (Sinopharm).

“Semoga hubungan sebagai dua negara bersaudara kekal kukuh untuk kerjasama masa hadapan dan manfaat ummah keseluruhannya,” katanya kepada wartawan selepas majlis penyerahan vaksin itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nour Ibrahim Ali Rashed AlKuwaiti, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM), Harjeet Singh, serta para pegawai kanan dari Kementerian Luar dan KKM.

Sementara itu, mengenai sumbangan vaksin, Encik Nour berkata baki 500,000 dos vaksin Sinopharm akan diserahkan kepada Malaysia dalam masa dua minggu.

Beliau berkata sejak bermulanya pandemik, UAE sentiasa memandang Malaysia sebagai rakan karib dan sekutu selain memberi banyak sumbangan untuk menyokong negara itu melawan virus COVID-19.

“Dengan sumbangan ini, UAE berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan berharap sumbangan ini akan terus menyokong Malaysia dalam memerangi virus COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada vaksin Sinopharm akan diberi sebagai suntikan dos penggalak, Encik Harjeet berkata Kumpulan Kerja Teknikal bagi Vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan akan memutuskan perkara itu.

“Yang ini akan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal di peringkat Kementerian (Kesihatan) tapi sementara kita dah dapat (vaksin Sinopharm) ini, jadi jawatankuasa teknikal itu akan perakukan dahulu kepada pihak kementerian. Jadi kita kena tunggu,” katanya.

UAE sebelum ini menghulurkan bantuan COVID-19 kepada Malaysia seperti menyumbang 20,000 unit kit ujian PCR pada Mac 2020. Selain itu, ia juga memberikan tujuh tan cecair pembasmi kuman tangan yang dibuat khusus untuk Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) Wisma Putra pada Mei 2020.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan