Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan & Sudan Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan & Sudan Selatan

(Gambar: Amaury Falt-Brown / AFP)

DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani perjanjian dengan UNICEF untuk memperuntukkan AS$7 juta (S$9.16 juta) bagi menyediakan bantuan makanan kecemasan berikutan krisis di Sudan, lapor Sputnik.

Menurut Agensi Berita Emirates, daripada jumlah itu, AS$6 juta (S$7.83 juta) diperuntukkan untuk Sudan dan AS$1 juta (S$1.3 juta) untuk Sudan Selatan. 

Kira-kira 17.7 juta orang di Sudan dan 7.1 juta orang di Sudan Selatan menghadapi masalah kekurangan makanan.

Awal dari itu, Kementerian Luar UAE berkata negara itu telahpun menyalurkan 70 peratus daripada komitmen AS$100 juta (S$130 juta) yang dijanjikan semasa persidangan antarabangsa pada April lalu untuk membantu Sudan dan negara jiran.

Selain daripada Program Makanan Sedunia (WFP), dana itu juga disalurkan kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sejak 15 April 2023, Sudan berdepan krisis akibat pertempuran antara angkatan tentera negara itu dan Rapid Response Force (RRF) yang diketuai Mohamed Hamdan Daglo.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyatakan bahawa pertempuran berterusan di negara itu boleh mengakibatkan wabak penyakit dan sistem penjagaan kesihatan lumpuh yang boleh membawa maut.

Menurut PBB, lebih 8.2 juta orang di Sudan telah meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran itu dengan kira-kira 1.7 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran. 

Menteri Kesihatan Sudan Haysam Mohammed Ibrahim memberitahu Sputnik bahawa lebih 13,000 orang telah terbunuh dan lebih 30,000 lagi cedera dalam tempoh setahun konflik bersenjata di negara itu.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan