Skip to main content

Dunia

UAE, Mesir teroka guna AI untuk keluarkan fatwa

Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir meneroka kerjasama lebih erat, integrasi serta pertukaran kepakaran dalam bidang fatwa.

Anggaran Waktu Membaca:
UAE, Mesir teroka guna AI untuk keluarkan fatwa

Pengerusi Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Zakat UAE, Dr Omar Habtoor Al Darei, mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Mohammed Ayyad bagi membincangkan usaha untuk memperkukuhkan kerjasama. (Gambar: WAM)

KAHERAH: Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir meneroka kerjasama lebih erat, integrasi serta pertukaran kepakaran dalam bidang fatwa.

Menurut Agensi Berita Amiriah (WAM), Pengerusi Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Zakat UAE, Dr Omar Habtoor Al Darei, telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Mohammed Ayyad bagi membincangkan usaha untuk memperkukuhkan kerjasama.

Pertemuan itu diadakan di luar persidangan "Pembentukan Mufti Berkelayakan dalam Era Digital" di Kaherah, dengan kehadiran Canselor Universiti Kemanusiaan Mohamed bin Zayed, Dr Khalifa Mubarak Al Dhaheri; Pemangku Setiausaha Agung Majlis Fatwa UAE Dr Sabaa Salem Al Kaabi; serta beberapa pegawai hal ehwal agama dari kedua-dua negara.

Perbincangan memfokuskan kepada kaedah-kaedah bagi memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk menyampaikan fatwa yang tepat kepada masyarakat, khususnya dalam menangani cabaran semasa dan isu-isu kompleks yang dihadapi pelbagai lapisan masyarakat.
Sumber : Bernama/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita