UAE lancar Etihad Rail; mula beroperasi 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Amiriah Arab Bersatu melancarkan Etihad Rail, yang akan mula beroperasi pada 2026. (Gambar: Etihad Rail/X)
DUBAI: Perkhidmatan kereta api penumpang pertama di Amiriah Arab Bersatu (UAE), Etihad Rail akan mula beroperasi pada 2026 dengan stesen pertama terletak di Abu Dhabi, Dubai, Sharjah dan Fujairah, menurut Pejabat Media Dubai.
Pada Sabtu (2 Ogos), Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum melakukan lawatan pemeriksaan bagi laluan dari Dubai ke Fujairah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Perjalanan ini menandakan satu detik bersejarah dan fasa penting dalam pembangunan serta operasi rangkaian kereta api nasional UAE, dengan perkhidmatan penumpang dijangka memulakan operasi komersial pada 2026,” menurut kenyataan perkhidmatan media Dubai.
Etihad Rail dengan kapasiti sehingga 400 penumpang itu akan beroperasi pada kelajuan maksimum 200 kilometer sejam.
Menjelang 2030, jumlah penumpang yang dijangka menggunakan perkhidmatan ini mencecah 36.5 juta orang.
Etihad Rail kini dalam proses membina rangkaian nasional di UAE, yang kemudiannya akan disepadukan dengan negara-negara Teluk lain.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.