Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UAE hasrat labur AS$1 bilion di Pakistan

UAE antara lain berhasrat untuk melabur dalam sektor seperti gas, prasarana tenaga, bioteknologi dan khidmat kewangan di Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:
UAE hasrat labur AS$1 bilion di Pakistan

Amiriah Arab Bersatu (UAE). (Gambar: Giuseppe Cacace/AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2022 03:05PM Dikemas Kini : 08 Aug 2022 03:07PM
NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengucapkan terima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas hasratnya untuk melabur AS$1 bilion (S$1.38 juta) di negaranya.

Beliau berterima kasih kepada Presiden UAE Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan "atas pelaburan yang akan dilakukan oleh UAE" di Pakistan, menurut Shehbaz menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad (7 Ogos).

“Kedua-dua negara bersaudara berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan pelbagai hala mereka,” katanya.

Agensi Berita WAM pada Jumaat (5 Ogos) melaporkan bahawa negara itu berhasrat untuk melabur AS$1 bilion dalam syarikat Pakistan merangkumi pelbagai sektor ekonomi dan pelaburan.

Laporan itu berkata UAE berhasrat untuk melabur dalam sektor seperti gas, prasarana tenaga, tenaga boleh diperbaharui, jagaan kesihatan, bioteknologi, teknologi pertanian, logistik, komunikasi digital, e-dagang dan khidmat kewangan di Pakistan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan