UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Eyad BABA / AFP)
ABU DHABI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) segera menghantar tiga tan bekalan perubatan untuk menyokong sektor jagaan kesihatan dan hospital di Carikan Gaza menyusuli perkembangan terkini di Khan Younis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan perubatan.
Matlamatnya adalah untuk memastikan perkhidmatan perubatan terus diberikan kepada mereka yang cedera, pesakit dan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Bantuan perubatan itu termasuk bekalan perubatan penting untuk hospital yang menghadapi kekurangan, ubat untuk merawat pelbagai kecederaan, insulin untuk pesakit kencing manis dan sumber lain untuk mengukuhkan sistem jagaan kesihatan dalam situasi kritikal ini.
UAE dengan kerjasama pelbagai hospital dan organisasi perubatan antarabangsa menyasarkan untuk meningkatkan situasi penjagaan kesihatan di Carikan Gaza selepas ia menjadi semakin teruk akibat konflik.
Serangan Israel sejak 7 Oktober lalu menyebabkan puluhan hospital tidak berfungsi kerana musnah dan kekurangan perubatan serta bekalan yang mencukupi untuk terus memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit dan mereka yang cedera di pelbagai kawasan di Carikan Gaza.
UAE menyediakan beberapa siri bantuan perubatan kepada hospital di Carikan Gaza, termasuk 10 ambulans yang dilengkapi dengan semua kemampuan moden.
Jumlah keseluruhan bantuan yang dihantar oleh negara itu telah mencecah 337 tan, termasuk peranti perubatan dan bekalan penting untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasiti dalam institusi penjagaan perubatan dan hospital.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.