UAE berkas tiga suspek berkait pembunuhan rabai Israel
Tiga individu diberkas di Amiriah Arab Bersatu (UAE) berhubung dakwaan membunuh seorang warga Israel, menurut Kementerian Dalam Negeri UAE pada Ahad (24 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Tiga individu diberkas di Amiriah Arab Bersatu (UAE) berhubung dakwaan membunuh seorang warga Israel, menurut Kementerian Dalam Negeri UAE pada Ahad (24 Nov).
Kenyataan kementerian itu tidak mendedahkan butiran mengenai suspek atau sama ada mereka telah didakwa, namun ia menyatakan bahawa kesemua kuasa undang-undang akan digunakan "untuk bertindak balas dengan tegas dan tanpa kelonggaran terhadap sebarang tindakan atau percubaan untuk mengancam kestabilan masyarakat".
Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengutuk pembunuhan rabai, Zvi Kogan, 28 tahun sebagai satu "tindakan pengganas anti-Yahudi yang keji."
Ia juga menyatakan Israel akan melakukan segala yang ia mampu untuk mengheret mereka yang mendalangi pembunuhan itu ke muka pengadilan.
Kogan merupakan seorang warga UAE dan rakyat Moldova, menurut pihak berkuasa tempatan.
Beliau bertugas di satu gerakan Yahudi Chabad Orthodox yang berpangkalan di New York dan pertama kali dilaporkan hilang pada Khamis lalu (21 Nov).
Mayatnya ditemui pada Ahad lalu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.