Skip to main content

Dunia

Twitter terima 16,000 permintaan data pengguna daripada lebih 85 pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Twitter pada Selasa (25 Apr) menyatakan bahawa ia menerima lebih 16,000 permintaan maklumat data pengguna daripada pemerintah di lebih 85 negara pada separuh pertama 2022 sahaja.

"Banyak mana maklumat yang diminta itu diberikan berbeza mengikut negara peminta," kata rangkaian sosial itu dalam kenyataan medianya, lapor Sputnik.

Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Jerman dan India adalah lima negara teratas yang meminta data berkenaan sepanjang tempoh itu, menurut kenyataan tersebut.

Twitter juga menerima kira-kira 53,000 permintaan undang-undang daripada pemerintah di seluruh dunia supaya mengeluarkan kandungan, dengan majoriti permintaan dibuat oleh Jepun, Korea Selatan, Turki dan India, katanya.

Pada separuh pertama 2022, Twitter meminta pengguna mengeluarkan 6,586,109 kandungan yang melanggar peraturan syarikat itu, peningkatan sebanyak 29 peratus daripada separuh kedua 2021, menurut kenyataan tersebut.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita