Twitter tayangkan Logo X baru
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: lindayacc/Twitter)
STOCKHOLM: Elon Musk serta Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Linda Yaccarino menedahkan logo terbaharu bagi laman media sosial itu pada Isnin (24 Jul). Logo itu memaparkan 'X' berwarna putih dengan latar belakang warna hitam untuk menggantikan logo lama iaitu seekor burung berwarna biru yang dikenali ramai.
"X ada di sini! Mari lakukan ini," tulis Cik Yaccarino dalam catatannya yang juga mengandungi gambar logo itu dipancarkan di pejabat syarikat itu di San Francisco.
Kedua-dua akaun Twitter Cik Yaccarino dan Encik Musk juga memaparkan logo X itu, walaupun burung berwarna biru Twitter itu masih boleh di lihat di seluruh platform itu.
Encik Musk berkata dalam satu catatan yang dibuat pada Ahad (23 Jul) bahawa beliau ingin menukar logo Twitter itu. Beliau turut melakukan satu tinjau pendapat dengan jutaan pengikutnya untuk mengetahui bahawa mereka menyokong perubahan warna lelaman itu dari biru ke hitam.
Dia juga memuat naik gambaran 'X' dengan latar belakang berwarna hitam yang bertemakan angkasa lepas. Ini dirujuk sebagai "logo X sementara".
Cik Yaccarino, bekas ketua pengiklanan di NBCUniversal yang bermula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twitter pada 5 Jun lalu, telah mengambil alih apabila laman media sosial itu cuba memulihkan kemerosotan dalam pendapatan iklan.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.